Reality? Fantasy? Depressy ?

Aku mula rasa sesuatu. Rasa yang semakin lama semakin kuat. Dari hari ke hari. Aku mula menjadi aku kembali. Aku yang dahulu. Aku mula menyendiri kembali. Aku mula menjauh dari semuanya dan segalanya. Jadi seperti dahulunya. Aku kini lebih selesa tinggal dalam hidupku sendiri, dalam imaginasiku sendiri, hidup dalam bayangan aku sendiri. Tidak dapat ku ungkapkn segala rasa yang bermain di jiwa ini, tidak dapat juga aku ceritakan segala apa yang terpendam jauh di lubuk hatiku ini. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui segala rasa yang cukup penat aku pendam selama ini. Aku kini sedang mengeluh dengan diri aku sendiri, dengan kehidupan aku. Aku, masih terkapai-kapai dalam mencari erti khidupan di dunia ini. Aku sejujurnya terlalu penat dengan kehidupan ini. Tetapi Tuhan sentiasa ada memberi aku semangat untuk aku terus menjalani hari-hari yang lebih bermakna selagi aku masih bernyawa. Sememangnya aku tidak dapat lari dari kenyataan bahawa aku ialah aku. Ya, aku tetap aku. Tiada yg lain melainkan aku. Aku, tetap aku yang tidak bisa berubah untuk memenuhi kehendak segala apa yang mereka mahu. Aku lelah. Aku lelah dengan segala permainan dunia ini. Terlalu lelah mendengar kata-kata orang di sekelilingku. Kesakitan aku tersembunyi di sebalik senyuman dan keceriaan yang mereka lihat. Dunia hanya mengenal siapa aku pada luarannya. Namun, tidak pada dalamannya. Aku rapuh saat aku sendiri. Terlalu rapuh untuk berdiri dengan sendirinya. Aku jatuh tersungkur seperti hari ini. Tetapi kini, aku masih aku. Masih tidak mampu berubah untuk diri sendiri. Masih tidak mampu berdiri dengan kaki sendiri. Tuhan, sesungguhNya aku terlalu lemah hari ini. Terlalu lemah untuk jalani kehidupan yang telah Kau berikan kepada aku. Terlalu lemah untuk bangkit kembali. Ketakutan untuk bangun kembali sungguh aku takut. Namun, di saat aku jatuh dan tersungkur , Kau .... Tuhan, sesungguhNya Kau terlalu memahami hambaMu ini. Kau hadir saat aku jatuh tetapi aku, serigkali pergi meninggalkan Mu saat aku mula bangun kembali. Namun, aku tetap hamba yang terlalu lemah tanpa petunjukMu. Tuhan, Kau tetap bersama ku pada tiap ketika. Kau hadirkan aku seorang insan yang seharusnya memimpin aku. Aku sedar hanya dia tempat aku bergantung pada masa ini. Hanya pada dia aku mengadu segala rasa, segala keluhanku. Kehadirannya, ternyata mengubah kehidupan aku sepenuhnya. Perasaan ku dan segalanya, ternyata hanya untuk dia. Aku hanya mahu dia dalam hidupku. Tuhan, Kau yang menentukan segalanya, Kau hadirkan dia di saat aku terjatuh. Jangan pula Kau jauhkan dia saat aku mula bangkit kembali. Hanya kepadaMu aku berserah. Tuhan, Kau kuatkan jiwaku untuk bersama nya , tetapkan lah jiwa ku bersama dia. Namun, Tuhan, aku jatuh. Aku bangkit kembali. Kemudian, aku jatuh kembali. Hanya padaMu aku berserah. Jiwa ku tidak cukup kental untuk menghadapi perjalanan yang masih jauh ini. Namun, dengan ada nya dia aku menjadi lebih baik dalam menjalani kehidupanku. Kau juga mengajar aku, apa itu indahnya kesabaran. Tuhan, aku tetap aku. Tiada siapa dapat mengubah aku melainkan diriku . Tuhan, terima kasih untuk segala rasa yang Kau kurniakan kepada hambamu ini, atas segala kesempatan yang Kau berikan. Aku bersyukur Kau datangkan aku seorang insan yang kini terus kuat untuk bersama aku. Terima kasih atas segala memori yang tercipta sepanjang perkenalan kita wahai insan.

Comments

Popular posts from this blog

HERZ